Nabi Allah Idris AS

Nasihat Dan Pengajaran Nabi Idris a.s.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Beberapa nasihat dan mutiara kata Nabi Idris a.s. adalah : ~

.

  1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah SWT membawa kepada kemenangan.
  2. Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat daripada Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
  3. Apabila kamu memohon sesuatu kepada Allah SWT dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian juga puasa dan solatmu.
  4. Janganlah bersumpah palsu dan janganlah menutup-nutup sumpah palsu agar kamu tidak turut berdosa.
  5. Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulutmu dengan ucapan syukur dan pujian kepada Allah SWT.
  6. Janganlah iri hati kepada orang-orang yang bernasib baik, kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati nasib baiknya.
  7. Jika sesiapa melampaui dari kesederhanaan, maka tiada sesuatu pun akan memuaskannya.
  8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehinya, seorang itu tidak akan bersyukur kepada Allah SWT atas apa yang dinikmatinya itu.

Firman Allah bahawa Nabi Allah Idris a.s. diangkat martabatnya. Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahawa Nabi Allah Idris a.s. wafat tatkala berada di langit keempat dibawa oleh seorang Malaikat

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

.

1.  Kisah Nabi Allah Idris a.s.   (Klik Di Sini)

2.  Nabi Allah Idris Bersama Malaikat Izrail  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

.

 

Advertisements
Categories: Nabi Allah Idris AS | Label: , , , , , , , , | Tinggalkan komen

Nabi Allah Idris Bersama Malaikat Izrail

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

DIZIARAHI MALAIKAT

Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s, katanya: “Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarahiku?.”

Kata Malaikat Izrail: “Aku datang untuk menziarah mu dengan izin Allah.”

Kata Nabi Idris kepada Teruskan membaca

Categories: Nabi Allah Idris AS | Label: , , , , , , , , , , , , , | Tinggalkan komen

Kisah Nabi Allah Idris a.s.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

MAKAM NABI ALLAH IDRIS A.S

.

NABI ALLAH IDRIS AS 

Nabi Allah Idris a.s. (Arab إدريس , Alkitab: Henokh), hidup sekitar 4533 – 4188 SM adalah salah seorang rasul dan nabi yang pertama kali diberikan tugas untuk menyampaikan risalah dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Nabi Idris a.s. diberikan hak kenabian oleh Allah SWT selepas Nabi Allah Adam a.s. dan Nabi Shiyth a.s..  Teruskan membaca

Categories: Nabi Allah Idris AS | Label: , , , , , , , | Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com.