Pengajaran Dari Kisah Nabi Nuh AS

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

 Bahawasanya hubungan antara manusia yang terjalin kerana ikatan persamaan kepercayaan atau penamaan aqidah dan pendirian adalah lebih erat dan lebih berkesan daripada hubungan yang terjalin kerana ikatan darah atau kelahiran. Kan’aan yang walaupun ia adalah anak kandung Nabi Nuh, oleh Allah SWT dikeluarkan dari bilangan keluarga ayahnya kerana ia menganut kepercayaan dan agama berlainan dengan apa yang dianuti dan didakwahkan oleh ayahnya sendiri, bahkan ia berada di pihak yang memusuhi dan menentangnya.

.

Maka dalam pengertian inilah dapat difahami firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya para mukmin itu adalah bersaudara.”

Demikian pula hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah sempurna iman seseorang kecuali jika ia menyintai saudaranya yang beriman sebagaimana ia menyintai dirinya sendiri.”

 

Juga peribahasa yang berbunyi: “Adakalanya engkau memperolehi seorang saudara yang tidak dilahirkan oleh ibumu.”

.

Hubungan darah bukanlah hubungan hakiki di antara manusia. Anak seorang nabi adalah anaknya yang meyakini akidah, iaitu mengikuti Allah SWT dan nabi, dan bukan anaknya yang menentangnya, walaupun berasal dari sulbinya. Jika demikian seorang mukmin harus mengelak dari kekufuran. Dan di sini juga harus di teguhkan hubungan sesama akidah di antara orang-orang yang beriman. Adalah tidak benar jika hubungan sesama mereka dibina berdasarkan darah, iras, warna kulit, atau tempat tinggal.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; Nabiyallah

.

Categories: Nabi Allah Nuh AS | Tags: , , , , | Tinggalkan komen

Navigasi kiriman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: