Monthly Archives: Mei 2012

Pengajaran Dari Kisah Nabi Nuh AS

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

 Bahawasanya hubungan antara manusia yang terjalin kerana ikatan persamaan kepercayaan atau penamaan aqidah dan pendirian adalah lebih erat dan lebih berkesan daripada hubungan yang terjalin kerana ikatan darah atau kelahiran. Kan’aan yang walaupun ia adalah anak kandung Nabi Nuh, oleh Allah SWT dikeluarkan dari bilangan keluarga ayahnya kerana ia menganut kepercayaan dan agama berlainan dengan apa yang dianuti dan didakwahkan oleh ayahnya sendiri, bahkan ia berada di pihak yang memusuhi dan menentangnya.

Teruskan membaca

Advertisements
Categories: Nabi Allah Nuh AS | Label: , , , , | Tinggalkan komen

Nabi Allah Nuh AS Diampunkan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Nabi Allah Nuh AS segera sedar setelah menerima teguran dari Allah bahawa cinta kasih sayangnya kepada anaknya telah menjadikan ia lupa akan janji dan ancaman Allah SWT terhadap orang-orang kafir termasuk puteranya sendiri. Baginda sedar bahawa beliau tersesat pada ketika Beliau  Teruskan membaca

Categories: Nabi Allah Nuh AS | Label: , , , , | Tinggalkan komen

Anak Nabi Allah Nuh AS

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

ANAK

Dari keempat putra Nabi Allah Nuh AS, hanya tiga orang yang selamat dari bencana banjir, kerana taat serta mengikuti ajaran yang dibawa ayahnya. Adapun seorang anaknya lagi yang tertua, iaitu Kan’an, tewas tenggelam. Nuh merasa sedih kerana anaknya tidak mahu mengikuti ajarannya.

Teruskan membaca

Categories: Nabi Allah Nuh AS | Label: , , | Tinggalkan komen

Putera Sulung Nabi Allah Nuh AS

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Tatkala Nabi Allah Nuh AS berada di atas geladak kapal memperhatikan cuaca dan melihat-lihat orang-orang kafir dari kaumnya sedang bergelimpangan di atas permukaan air, tiba-tiba terlihatlah olehnya tubuh putera sulungnya yang bernama “Kan’aan” timbul tenggelam dipermainkan oleh gelombang yang tidak menaruh belas kasihan kepada orang-orang yang sedang menerima hukuman Allah itu.
Categories: Nabi Allah Nuh AS | Label: , , , , | Tinggalkan komen

Bumi Di Tenggelami Air

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

SELURUH BUMI DITENGGELAMI AIR

Air yang keluar dari celah-celah bumi  mulai meninggi . Tiada satu celah pun di bumi kecuali keluar air darinya. Sementara dari langit turunlah hujan yang sangat lebat yang belum pernah turun hujan dengan curah seperti itu di bumi dan tidak akan ada hujan seperti itu sesudahnya. Lautan semakin bergolak dan ombaknya menerpa apa saja dan menyapu bumi. Perut bumi bergerak dengan gerakan yang dahsyat sehinggakan bumi untuk pertama kalinya tenggelam dalam air sehingga ia menjadi bola air.

Teruskan membaca

Categories: Nabi Allah Nuh AS | Label: , , , , , | Tinggalkan komen

Nabi Allah Nuh AS Membuat Bahtera

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

PEMBINAAN BAHTERA

Allah SWT menetapkan hukum-Nya atas orang-orang kafir, iaitu datangnya angin taufan. Allah SWT memberitahu Nabi Nuh a.s, bahawa ia akan membuat kapal ini “dengan pengawasan Kami dan wahyu kami”, iaitu dengan ilmu Allah SWT dan pengajaran-Nya, serta sesuai dengan arahan-Nya dan bantuan para malaikat.

Teruskan membaca

Categories: Nabi Allah Nuh AS | Label: , , , , , | 1 Komen

Nabi Nuh AS Kecewa Terhadap Kaumnya

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Nabi Nuh AS Berputus Asa Dari Kaumnya

Nabi Nuh berada di tengah-tengah kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun berdakwah menyampaikan risalah Tuhan, mengajak mereka meninmggalkan penyembahan berhala dan kembali menyembah dan beribadah kepada Allah Yang maha Kuasa memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat dan gelap ke jalan yang benar dan terang, mengajar mereka hukum-hukum syariat dan agama yang diwahyukan oleh Allah kepadanya, mengangkat darjat manusia yang tertindas dan lemah ke tingkat yang sesuai dengan fitrah dan qudratnya dan berusaha menghilangkan sifat-sifat sombong dan bongkak yang melekat pada para pembesar kaumnya dan medidik agar mereka berkasih sayang, tolong-menolong antara sesama manusia. Akan tetapi dalam waktu yang Teruskan membaca

Categories: Nabi Allah Nuh AS | Label: , | Tinggalkan komen

Dakwah Nabi Nuh AS

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Dakwah Nabi Nuh Kepada Kaumnya

Nabi Nuh menerima wahyu kenabian dari Allah dalam masa “fatrah” masa kekosongan diantara dua rasul di mana biasanya manusia secara beransur-ansur melupakan ajaran agama yang dibawa oleh nabi yang meninggalkan mereka dan kembali bersyirik meninggalkan amal kebajikan, melakukan kemungkaran dan kemaksiatan di bawah pimpinan Iblis.

Teruskan membaca

Categories: Nabi Allah Nuh AS | Label: , , , , , , , | Tinggalkan komen

Kisah Nabi Nuh AS Dalam Al-Quran

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Surah Nuh ayat 1 hingga 28

[1] Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): “Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya”.

[2] Dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata;

[3] “Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku;

[4] “Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)”.

[5] (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);

[6] “Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran). Teruskan membaca

Categories: Nabi Allah Nuh AS | Label: , | Tinggalkan komen

Kecelaruan Manusia Selepas Nabi Adam Wafat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

KECELARUAN MANUSIA

Berlalulah beberapa tahun selepas kewafatan Nabi Adam AS. Banyak perkara telah berubah di muka bumi. Dan sesuai dengan undang-undang am, terjadilah kealpaan terhadap wasiat Nabi Adam. Kesalahan yang dahulu kembali berulang. Kesalahan dalam bentuk kelupaan, meskipun kali ini terulang secara berbeza.

Sebelum lahirnya kaum Nabi Nuh, telah hidup lima orang saleh dari datuk-datuk kaum Nabi Nuh. Mereka hidup selama beberapa zaman kemudian Teruskan membaca

Categories: Nabi Allah Nuh AS | Label: , , , , , , , | Tinggalkan komen

Create a free website or blog at WordPress.com.