Nasihat Dan Pengajaran Nabi Idris a.s.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Beberapa nasihat dan mutiara kata Nabi Idris a.s. adalah : ~

.

  1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah SWT membawa kepada kemenangan.
  2. Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat daripada Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
  3. Apabila kamu memohon sesuatu kepada Allah SWT dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian juga puasa dan solatmu.
  4. Janganlah bersumpah palsu dan janganlah menutup-nutup sumpah palsu agar kamu tidak turut berdosa.
  5. Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulutmu dengan ucapan syukur dan pujian kepada Allah SWT.
  6. Janganlah iri hati kepada orang-orang yang bernasib baik, kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati nasib baiknya.
  7. Jika sesiapa melampaui dari kesederhanaan, maka tiada sesuatu pun akan memuaskannya.
  8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehinya, seorang itu tidak akan bersyukur kepada Allah SWT atas apa yang dinikmatinya itu.

Firman Allah bahawa Nabi Allah Idris a.s. diangkat martabatnya. Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahawa Nabi Allah Idris a.s. wafat tatkala berada di langit keempat dibawa oleh seorang Malaikat

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

.

1.  Kisah Nabi Allah Idris a.s.   (Klik Di Sini)

2.  Nabi Allah Idris Bersama Malaikat Izrail  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

.

 

Categories: Nabi Allah Idris AS | Tags: , , , , , , , , | Tinggalkan komen

Navigasi kiriman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: