Anak Nabi Allah Nuh AS

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

ANAK

Dari keempat putra Nabi Allah Nuh AS, hanya tiga orang yang selamat dari bencana banjir, kerana taat serta mengikuti ajaran yang dibawa ayahnya. Adapun seorang anaknya lagi yang tertua, iaitu Kan’an, tewas tenggelam. Nuh merasa sedih kerana anaknya tidak mahu mengikuti ajarannya.

 .

Kanan bin Nuh

Kanan adalah anak sulung Nabi Allah Nuh AS. Menurut Hasan al-Basri bahawa Kan’an adalah anak tiri Nabi Allah Nuh AS iaitu kanak-kanak dari isterinya yang derhaka.

.

Yafith bin Nuh

Ibnu Thabari menyebutkan isteri Yafith bernama Arbasisah binti Marazil bin Al Darmasil bin bin Mehujael bin Akhnukh bin Qayin bin Adam dan darinya Yafith menurunkan 7 orang anak laki-laki dan 1 orang anak perempuan, iaitu Gomer, Marihu, Wa’il, Hawwan, Tubal, Hawshil dan Thiras. Anak perempuan dari Yafith adalah Shabokah.

.

Sam bin Nuh

Ibnu Thabari menyebutkan isteri Sam bernama Shalib binti Batawil bin Mehujael bin Akhnukh bin Qayin bin Adam dan darinya Sam menurunkan Arfaqsyad, Asshur, Lud, Elam dan Aram.

.

Ham bin Nuh

Ibnu Thabari menyebutkan isteri Ham bernama Nahlab binti Marib bin Al Darmasil bin bin Mehujael bin Akhnukh bin Qayin bin Adam dan darinya Ham menurunkan 4 orang anak laki-laki, iaitu Kush, Put, Kanaan dan Qibthy atau Misraim.

.

Menurut Ibnu Ishaq tidak diketahui adakah Aram adalah seibu atau dari ibu yang berbeza dengan anak-anak Sam lain. Sam menetap di Makkah dan dari keturunannya iaitu Arpaksyad menurunkan nabi dan rasul. Kemudian dari nya menurunkan bangsa Arab dan bangsa Mesir kuno. Keturunan Yafith menjadi raja untuk wilayah non arab seperti Turki, Khazar dan Parsi yang raja terakhirnya adalah Yazdajird bin Shahriyar bin Abrawiz yang masih merupakan keturunan Gomer bin Yafith bin Nuh.

.

Keturunan Sam menetap di Majdal yang berada di pusat bumi yang daerah tersebut berada di Satidama (suatu daerah bahagian utara Iraq atau di bahagian Timur Anatolia), di antara Yaman dan Syria. Tuhan memberikan mereka kitab dan kenabian serta memberikan warna kulit yang coklat dan putih.

.

Bangsa ʿAd berkembang di suatu lembah yang dinamakan Al-Shihr (Bahagian Selatan Arabia menghadap lautan Hindi) dan dibinasakan disuatu lembah yang dinamakan Lembah Mughith.

Kemudian Mahrah menetap di lembah Al-Shihr. Ubayl berkembang di wilayah Yasthrib, Amalek berkembang di Sana sebelum dinamakan Sana. Beberapa dari keturunan Amalek kemudian pergi ke Yathrib dan mengusir bangsa Ubayl, yang kemudian Jubayl berkembang di wilayah Juhfah, tapi banjir membinasakan mereka sehingga dinamakan wilayah tersebut Al-Juhfah (tempat Penyapuan).

.

Thamud menetap di Hijr dan di sekitarnya dan dibinasakan di sana. Tasm dan Judays berdiam di Yamamah dan kemudian dibinasakan, ketika Umaym memasuki wilayah Al Abar (Wabar, suatu tempat di Yaman) dan dibinasakan di sana. Di sekitar Yamamah dan Al Shihr tidak ada yang mengembara di sana kerana wilayahnya telah dikuasai Jin. Daerah tersebut dikenali dengan Ubar kerana berasal dari nama Abar bin Umaym.

.

Keturunan Joktan bin Eber memasuki Yaman dan kemudian menamakannya Yaman yang bererti Selatan. Beberapa kaum dari Kan’an memasuki Syria yang namanya adalah Al-Sha’m maka dari itu wilayah Syria dahulu dikenali dengan nama Syam.

 .

Diceritakan dari Damrah bin Rabiah dari Ibnu Ata dari Ayahnya bahawa Ham menurunkan keturunan yang berkulit hitam dan berambut keriting. Rambut mereka tipis. Yafith menurunkan keturunan yang berwajah rata dan bermata kecil atau sipit, sedangkan Sam menurunkan keturunan yang berwajah tampan dan berambut indah.

.

.

CUCU

.

KETURUNAN HAM

.

  • Kush bin Ham: Ibnu Thabari menyebutkan isteri Kush bernama Qarnabil binti Batawil bin Tiras dan darinya menurunkan Habsyah, Hind dan Sind.
  • Phut bin Ham: Ibnu Thabari menyebutkan isteri Phut bernama Bakht binti Batawil. Put kemudian berdiam bersama keturunan Kush iaitu Hind dan Sind di wilayah India.
  • Kan `an bin Ham: Ibnu Thabari menyebutkan isteri Kan’an bernama Arsal binti Batawil bin Tiras dan darinya menurunkan bangsa berkulit hitam atau negro, Nubia, Fezzan, Zanj dan Zaghawah.
  • Misraim bin Ham: Ibnu Thabari menyebutkan keturunan Misraim adalah bangsa Koptik dan Barbar.
  • Egyptus binti Ham: Anak Ham yang satu ini adalah seorang wanita.
.
.

KETURUNAN SAM

.

  • Lud bin Sam: Ibnu Ishaq menyebutkan Lud kahwin dengan anak perempuan Yafith iaitu Shakbah dan melahirkan baginya Faris, Jurjan, dan bangsa yang mendiami wilayah Parsi. Kemudian dari Lud lahir pula tasm dan Imliq tapi tidak diketahui apakah mereka stu ibu atau tidak dengan Faris bin Lud. Imliq berdiam di wilayah tanah suci.

.

Imliq kemudian menurunkan bangsa Amalek yang kemudian menyebar di wilayah Uman, Hijaz, Syria dan Mesir. Dari keturunan Lud ini melahirkan bangsa-bangsa perkasa di Syria yang disebut dengan bangsa Kanaanit. Dari Lud juga menurunkan Firaun Mesir, penduduk Bahrayn dan ‘Uman yang kemudian dikenali dengan bangs Jasim. Penghuni Madinah seperti Bani Huff, Sa’ad bin Hizzan, Banu Matar dan Banu Al-Azraq, Penduduk Najd iaitu Badil dan Rahil, Penduduk Tayma adalah keturunan dari Lud bin Sham.

.

Bani Umaym bin Lud berdiam di Wabar yang merupakan daerah gurun yang dikenali dengan gurun Alij dan berkembang disana. Kemudian mereka berbuat ingkar disana dan akhirnya Allah menghancurkan mereka. Satu-satunya suku kaum mereka yang tersisa dari bencana tersebut adalah suku Nasnas.

Tasm bin Lud menetap di Yamamah (kota kuno Bahrayn). Dari keturunan Lud seperti tasm, Amalek, Umaym dan Jasim menggunakan dialek arab, sedangkan dari keturunan Lud yang lain seperti Faris menggunakan dialek Farsi.

.

Keturunan Lud bin Sham dan termasuk keturunan Madhay bin Yafith kemudian pergi menuju Gomer dan Gomer kemudian menjaga mereka dan membiarkan mereka berkembang di wilayahnya. Dari bangsa Madhay ini menurunkan bangsa Media yang salah satu rajanya adalah Cyrus Agung.

Salah satu bangsa Barbar adalah keturunan dari Thamila bin Marib bin Faran bin Amr bin imliq bin Lud bin Sham. Bangsa yang pertama kali berbicara dengan bahasa Arab adalah Imliq bin Lud setelah perpindahannya dari Babylonia.

.

.

  • Aram bin Sam: Aram bin Shem menurunkan Uz, Mash, Gether dan Hul. Kemudian Uz menurunkan Gether, ʿ ad dan Ubayl. Gether bin Aram menurunkan Tsamud dan Judays. Mereka ini berbicara dengan bahasa Arab mudari. Mereka ini dikenali dengan Arab Aribah atau Arab asli kerana dari merekalah bahasa Arab berasal. Dari keturunan Aram dan Lud ini melahirkan bangsa Arab pertamaatau bangsa Arab Aribah.

.

ʿAd berdiam di gurun disekitar jalan menuju Hadramaut di Yaman. Tsamud memahat pergunungan untuk dijadikan tempat tinggalnya yang berada di antara Hijaz dan Syria dan sejauh Wadi al-Qura. Judays mengikuti tasm dan berdiam di lingkungan Yamamah sampai Bahrayn. Nama Yamamah pada saat itu adalah Jaww. Sedangkan Jasim berdiam di Uman. Mash menurunkan bangsa Nabatea yang silsilahnya adalah Nabit bin Mash bin Aram.

Di Era kaum ʿAd, mereka dikenali dengan ʿAd dari Iram, ketika kaum ‘Ad dihancurkan maka kaum Tsamud disebut Iram. Setelah Tsamud dihancurkan keturunan Iram yang tersisa disebut dengan Arman atau Aramean.

.

.

  • Arfaqsyad bin Sam: Arpkasyad menurunkan umat-umat pilihan dan darinya kebanyakan nabi berasal. Ia mempunyai anak yang bernama Qaynam yang tidak diceritakan di dalam Taurat. Ia tidak diceritakan di dalam taurat kerana ia menyebut dirinya sebagai dewa dan mempelajari sihir. Qaynamkemudian menurunkan anak yang bernama Shelah, dan menurunkan Abir. Bagi Abir menurunkan 2 anak, iaitu Peleg atau Qasim dan Yoktan atau Qahthan yang menurunkan 2 anak, iaitu Ya’rub dan Yaqtan. Yoktan adalah penguasa pertama atas negeri Yaman.

.

Arpaksyad juga mempunyai anak yang bernama Nimrod yang mendiami sekitar wilayah Al-Hijr. Sham lahir ketika Nuh berumur 500 tahun, kemudian Arpaksyad lahir ketika Sham berumur 102 tahun. Qaynam lahir ketika umur Arpaksyad 35 tahun, Shelah lahir ketika Qaynam berumur 39 tahun, Eber lahir ketika Shelah berumur 30 tahun.

.

Yoktan bin Eber bin Saleh bin Arfaqsyad darinya menurunkan bangsa Hind dan Sind terkemudian. Silsilahnya kembali kepada Buqayin bin Yoktan. Dari Yoktan melahirkan Ya’rub menurunkan Yashjub menurunkan Saba ‘. Saba ‘menurunkan Himyar, Kahlan,’ Amr, Al-Ash’ar, Anmar, Murr, ‘Amilah. Amr bin Saba menurunkan ‘Adi. ‘Adi menurunkan Lakhm dan Judham.

.

  • Ghalem bin Sam: Dikisahkan bahawa keturunan dari Ghalem ini adalah bangsa Parsi.
  • Asshur bin Sam: Sedangkan dari Asshur keturunannya adalah menjadi bangsa Assyria.

 .

.

KETURUNAN YAFITH

.

  • Meshech bin Yafith: Darinya menurunkan Ashban. Menurut Blachere Ashban adalah koloni dari Ishafan yang menetap di Syria, Mesir, Afrika Utara, dan Sepanyol.
  • Yavan bin Yafith: Darinya menurunkan Slavia dan Burjan atau Bulgaria. Bangsa Byzantium adalah keturunan dari Lanta bin Javan.
  • Magogh bin Yafith: Dari Magogh inilah bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang telah diramalkan akan datang pada akhir zaman.
  • Khatubal bin Yafith
  • Ma’za bin Yafith
  • Tyrash bin Yafith

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; Nabiyallah

.

Categories: Nabi Allah Nuh AS | Tags: , , | Tinggalkan komen

Post navigation

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com. The Adventure Journal Theme.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: