Kisah Nabi Allah Nuh a.s

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

MAKAM NABI NUH A.S

.

 NABI ALLAH NUH AS

Nuh (Ibrani: נוֹחַ, Nuh; Tiberias: נֹחַ; Arab: نوح) (sekitar 3993-3043 SM) adalah seorang rasul yang diceritakan dalam Taurat, Injil, dan Al-Quran. Nuh diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM.

 

ASAL USUL NAMA

Suyuti menceritakan bahawa nama Nuh bukan berasal dari bahasa Arab, tetapi dari bahasa Syria yang bermaksud “bersyukur” atau “selalu berterima kasih”. Hakim berkata dinamakan Nuh kerana seringnya dia menangis, nama asalnya adalah Abdul Ghafar (Hamba dari Yang Maha Pengampun).

Manakala menurut kisah dari Taurat nama asli Nuh adalah ‘Nahm’ yang kemudian menjadi nama sebuah bandar, kuburan Nuh berada di desa al Waqsyah yang dibina di daerah nahm.

Bagi orang Yahudi nama Nuh berasal dari Ibrani נֹחַ, נוֹחַ (Noah), yang bererti “hinggap”, “mententeramkan”, “berhenti”, atau “rehat”.

Dalam pada itu, Nuh mendapat gelaran dari Allah dengan sebutan Nabi Allah dan Abdussyakur yang bermaksud “hamba (Allah) yang bersyukur”.

.

KELUARGA

Nuh hidup selama 950 tahun. Ia mempunyai isteri bernama Wafilah. Menurut Kitab Yobel (termasuk dalam kanon Gereja Ortodoks Ethiopia) namanya adalah Emzara. Tulisan-tulisan Midras memberinya nama Naamah, yang juga disebutkan dalam Kitab Yasar. Manakala beberapa sumber mengatakan isteri Nuh adalah Namaha binti Tzila atau Amzurah binti Barakil dan mempunyai empat orang putera, iaitu Kanan, Yafith, Syam dan Ham.

Menurut Al-Qur’an, ia mempunyai 4 anak laki-laki iaitu Kanan, Sem, Ham, dan Yafet. Namun Alkitab hanya mencatat, ia mempunyai 3 anak laki-laki Sem, Ham dan Yafet yang dilahirkan selepas Nuh berumur 500 tahun, sebelum air bah terjadi. Ketika Sem berusia 100 tahun, dua tahun selepas air bah, ia dikurniakan Arpakhsad. Oleh kerana itu Sem hanya berusia 98 ketika banjir datang. Ham dikatakan sebagai yang termuda.

Kitab Kejadian mencatat, pada zamannya terjadi air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya ia sekeluarga (isterinya, ketiga anaknya, dan ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut. Setelah air bah reda, keluarga Nuh kembali me-repopulasi bumi.

 

 .

BIODATA

Nuh adalah Rasul Allah yang pertama yang diutus ke atas bumi ini, sedangkan Adam, Syits dan Idris yang diutus sebelumnya hanyalah bertaraf Nabi saja, bukan sebagai Rasul kerana mereka tidak memiliki umat atau kaum. Baginda diutuskan Allah SWT sebagai Rasul untuk menyampaikan ajaran-ajaran-Nya kepada penduduk negeri Armenia dan dikesan tinggal di wilayah selatan Iraq moden.

Dari Ibnu Katsir bahawa Nuh diutus untuk kaum Bani Rasib. Dia lahir 126 tahun sepeninggal Nabi Adam AS, sedangkan menurut Ahli Kitab dia lahir 140 tahun sepeninggal Nabi Adam. Dia adalah utusan yang pertama yang diutus untuk umat manusia. Penduduk yang diseru dan dikenali dengan Banu Rasib.

Dari Ibnu Abi Hatim: Abu Umamah mendengar seorang berkata kepada Nabi “Wahai Utusan Tuhan, apakah Adam seorang Nabi?” Nabi menjawab “Ya”. Orang tersebut bertanya lagi: “Berapa Lama antaranya dengan Nuh?” Maka Nabi Menjawab “sepuluh generasi”

Ibnu Abbas menceritakan Bahwa Nabi Nuh diutus pada kaumnya ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika ia berumur 600 tahun, dan kemudian selepas banjir ia hidup selama 350 tahun.

Ibnu Abi Hatim dari Urwah bin Al Zubayr bahawa Wadd, Suwa, Yaghuth, Ya’uq dan Nasr adalah anak nabi Adam. Wadd adalah yang tertua dari mereka dan yang paling saleh di antara mereka.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh, dia bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, ia menjawab dia meninggal di saat usia muda kerana ketakutannya ketika banjir. Ia berkata bahawa panjang kapal Nuh adalah 1200 kubit dan lebarnya 600 kubit dan mempunyai 3 lapisan.

 

 .

NABI NUH A.S DALAM AL-QURAN

Namanya disebutkan sebanyak 43 kali dalam Al-Quran 58 kali dan juga pada 48 ayat dalam 9 buku Alkitab Terjemahan Baru.

.

SALASILAH

Nabi Nuh a.s adalah nabi keempat sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik (Lamaka) bin Metusyalih / Mutawasylah (Matu Salij) bin Idris bin Yarid bin Mahlail bin Qainan bin Anusyi bin Syits bin Adam. Antara Adam dan Nuh ada rentang 10 generasi dan selama tempoh lebih kurang 1642 tahun.

Sebelum lahirnya kaum Nabi Nuh, telah hidup lima orang kalangan saleh dari datuk-datuk kaum Nabi Nuh. Mereka hidup selama beberapa zaman kemudian mereka mati. Nama-nama mereka adalah Wadd, Suwa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr.

.

BERHIJRAH

Migrasi dari Suq Thamanim ke Babylonia

Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pergunungan Ararat, ia kemudian membina suatu bandar di daerah Ararat (Qarda) di suatu kawasan yang termasuk Mesopotamia dan menamakan bandar tersebut Themanon (Kota lapan Puluh) kerana bandar tersebut dibina oleh orang yang beriman yang berjumlah 80 orang. Sekarang tempat tersebut dikenali dengan nama Suq Thamanin.

Ibnu Abbas kemudian menceritakan bahawa Nuh membina bandar Suq Thamanin dan semua keturunan Qayin dibinasakan. Menurut Al-Harith dari Ibnu Sad dari Hisham bin Muhammad dari ayahnya dari Abu Shalih dari Ibnu Abbas berkata “ketika Suq Thamanin menjadi penuh dengan keturunan Nuh mereka berpindah ke Babylon dan membina kota tersebut”.

Abd al Ghafar menceritakan ketika kapal berlabuh di bukit Judi pada hari Ashura.

.

DAKWAH

Nabi Nuh a.s menyeru kaumnya hampir beratus tahun lamanya, Baginda melarang mereka menyembah berhala dan memberi petunjuk kepada mereka untuk menyembah Allah SWT tetapi hanya segelintir manusia sahaja yang mengikutnya. Orang-orang yang yang tidak mahu mengikutnya itu sentiasa mengejeknya dengan kata-kata yang keji.

Setelah terjadi perdebatan dia antara Nabi Nuh a.s dengan kaumnya, mereka menentang agar Nabi Nuh a.s mendatangkan seksaan keatas diri mereka. Mereka tetap tidak mempercayai kata-kata yang disampaikan oleh Nabi Nuh a.s. Nabi Nuh a.s juga telah menyampaikan kepada mereka bahawa sekiranya mereka tidak mahu beriman kepada Allah SWT nescaya akan menerima azab seksaan daripadaNya tetapi mereka sedikit pun tidak menghiraukannya, malah menentang.

Setelah menerima perintah dari Allah SWT untuk membina kapal Nabi Nuh a.s mengumpul para pengikutnya. Tenteranya mula mengumpulkan bahan binaan dan mula membina kapal itu di kawasan yang jauh dari bandar supaya mereka semua boleh berkerja dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Walaupun yang demikian Nabi Nuh a.s tidak lepas dari ejekan serta cemuhan daripada segilintir kaumnya yang ingkar itu. Setelah selesai tugasan pembinaan kapal yang merupakan pengangkutan laut yang pertama di dunia, Nabi Nuh a.s menerima wahyu dari Allah SWT tentang persediaan mereka untuk berangkat maka banjir besar yang paling dahsyat melanda bumi. Seluruh kota dan desa ditengelami oleh air sehingga ke puncak bukit-bukau. Tiada tempat berlindung kecuali kapal Nabi Nuh a.s yang telah dinaiki para penumpang mukmin dan pasangan makhluk yang diselamatkan oleh Nabi Nuh a.s atas perintah Allah SWT. Maka binasalah seluruh kaum Nabi Nuh a.s yang ingkar itu termasuk putera sulungnya “Kan’aan”.

Nabi Nuh a.s diutus Allah SWT kepada umatnya dan tinggal bersama mereka selama 950 tahun. Beliau merupakan seorang Nabi yang sering menangis memikirkan penderhakaan kaumnya terhadap Allah SWT. Bertahun lamanya beliau mengajak dan menyeru dakwahnya kepada kaumnya namun hanya segelintir daripada mereka beriman kepada Allah SWT. Begitulah Riwayat hidup Nabi Nuh a.s dengan iringan keyakinan.

 .

DOA

Doa Nabi Nuh kepada Keturunannya

Ibnu Ishaq mengatakan bahawa Nuh mendoakan ketiga putranya. Nuh mendoakan keturunan Sam menjadi nabi-nabi dan rasul. Nuh mendoakan keturunan Yafith untuk menjadi raja-raja, sedangkan dari keturunan Ham dia doakan agar menjadi abdi dari keturunan Yafith dan Sam.

Ketika Nuh menginjak usia lanjut, beliau mendoakan supaya keturunan Gomer dan Kush menjadi raja-raja, kerana mereka berdua ini melayani datuknya disaat usianya lanjut.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa keturunan Sam menurunkan bangsa kulit putih, Yafith menurunkan bangsa berkulit merah dan coklat, Sedangkan ham menurunkan bagsa Kulit hitam dan sebahagian kecil berkulit putih.

 

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

About these ads
Categories: Nabi Allah Nuh AS | Tags: , , , , , , , , , , | Tinggalkan komen

Post navigation

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com. The Adventure Journal Theme.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: